Friday 6 January 2012

Kesedaran Dalam Islam







A011    
Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.
(Al-Israa' 17:11)

 
Assalamualaikum semua.. Semoga Para Saudara & Saudari sihat selalu. Hurm, kali ini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang "Kesedaran Dalam Islam".

Pada akhir zaman kini, realiti umat Islam semakin menolak dan menyeleweng dari ajaran islam yang sebenar. Ini bererti menolak Al-Quran dan sunnah Rasullullah S.A.W.

Secara amnya, Keyakinan serta keimanan perlu dipupuk oleh umat Islam, ini supaya penyelewengan ajaran Islam dapat disedari sebagai ancaman merbahaya terhadap kesejahteraan umat.
 
Kesan dari ancaman itu, umat Islam kini kehilangan elemen penting dalam kesatuan Ummah seperti tamaddun Islam, Tarbiyyah Islamiyyah Hukum Syariat dan sebagainya. Kini kita hanyut dalam keseronokkan yang direka-reka oleh golongan kafir. Semoga kite tersedar dari belenggu kafir. Nauzubillah Min Zalik.












   Kesedaran Dalam Diri.

InsyaAllah... Masih terdapat segolongan umat yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, golongan sebegini penting dalam memberikan kesedaran terhadap umat Islam, dengan cara berdakwah, menjalankan amal maaruf nahi mungkar dan sebagainya.

Golongan ini perlu membantu saudara seagama yang lain kembali ke ajaran Islam sebenar, namun begitu, ditegaskan bahawa taufik dan hidayah itu milik Allah. Oleh itu perlulah kita banyakkan berdoa agar beroleh hidayah. Amin 




No comments:

Post a Comment